Para Pelanggan dan bakal pelanggan yang dihargai,

Maklumat-maklumat peribadi anda adalah keutamaan kami dan ia adalah penting untuk kami.

Kumpulan Mammoth Empire, termasuk syarikat induk, anak-anak syarikat dan syarikat-syarikat berkaitan (“Kami”) kini sedang mengambil langkah-langkah yang ketat untuk memastikan pematuhan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (“PDPA”) dalam mengumpul dan memproses data peribadi anda. Kami berhak untuk meminda isi kandungan Notis dan Polisi Perlindungan Data Peribadi ini (“Notis dan Polisi PDPA”) dari semasa ke semasa tanpa sebarang notis  diberikan terlebih dahulu dan perubahan-perubahan yang penting dalam Notis dan Polisi PDPA ini akan dipaparkan di laman web rasmi Kami. Anda dinasihati supaya mengkaji semula versi terbaru Notis dan Polisi PDPA ini dari semasa ke semasa.

Dalam urusan perniagaan Kami dengan anda (“Urusan Perniagaan”), anda telah secara sukarelanya memberikan kepada Kami data peribadi anda yang termasuk tetapi tidak terhad kepada yang berikut (“Data Peribadi”):

  1. Nama, Tarikh Lahir, Nombor kad pengenalan, Pasport;
  2. Butiran perhubungan;
  3. Alamat;
  4. Jantina, pekerjaan, bangsa,  status perkahwina, butiran majikan;
  5. Butiran rujukan;
  6. Julat gaji, maklumat kad kredit, maklumat perbankan dan data kewangan yang lain;
  7. Rakaman CCTV, rakaman keselamatan; dan
  8. Maklumat latar belakang yang berkaitan.

Data peribadi anda akan dikumpul dan diproses untuk, antara lain, tujuan-tujuan berikut (“Tujuan”):

  1. untuk memasuki urusniaga jual beli dan perjanjian lain yang berkaitan dan kontrak untuk membeli hartanah daripada Kami;
  2. untuk memaklumkan anda tentang aktiviti-aktiviti promosi, pelawaan, tawaran khas atau notis lain yang berhubungan dengan perkhidmatan Kami;
  3. untuk meningkatkan pemasaran hartanah, perniagaan dan perkhidmatan Kami;
  4. untuk program kesetiaan pelanggan;
  5. untuk mewujudkan rekod profil pelanggan;
  6. untuk tujuan pengurusan rekod dalaman, audit atau keselamatan;
  7. untuk memaklumkan anda tentang promosi terbaru yang akan dilancarkan serta produk dan perkhidmatan yang baru;
  8. Untuk menjalankan penyelidikan pasaran, analisis statistik, kaji selidik pelanggan, dan aktiviti-aktiviti pembangunan perniagaan yang lain;
  9. Untuk mengumpul pembayaran tertunggak daripada anda;
  10. Untuk menjalankan penilaian kredit, kewangan dan penyiasatan latar belakang sebagaimana diperlukan dan dikehendaki;
  11. Untuk mengelakkan penipuan dan pengubahan wang haram;
  12. Memastikan pematuhan undang-undang atau peraturan yang berkaitan dengan perkhidmatan, produk, dan hartanah Kami;
  13. Untuk membuat pendedahan yang berkaitan kepada pihak-pihak berkenaan dan pihak berkuasa menurut kehendak perintah mahkamah, undang-undang kecil, garis panduan, kod berkenaan kepada Kami;
  14. Untuk menyerahkan milikan kosong dan perkhidmatan pasca milikan kosong, khidmat pelanggan dan kerja-kerja pembaikan kecacatan;
  15. Bagi tujuan insurans;
  16. Bagi semua tujuan yang berkaitan dengan pentadbiran jualan dan pengurusan hartanah;
  17. Bagi semua tujuan yang lain termasuk tetapi tidak terhad kepada transaksi sub-jualan, pembiayaan semula, jualan melalui lelongan dan perkhidmatan lain di antara anda dan Kami.

Demi mematuhi PDPA, Data Peribadi yang diberikan oleh anda akan disimpan dengan selamat dan Kami akan cuba sedaya upaya untuk melaksanakan langkah-langkah keselamatan bagi mencegah dan menghadkan sebarang pemprosesan tanpa kebenaran anda. Walau bagaimanapun, anda dengan ini mengakui, bersetuju dan memberi kuasa kepada Kami untuk mendedah, menyalur, menyebar dan memindah Data Peribadi anda kepada pihak ketiga seperti berikut:-

  1. Semua anak syarikat dan syarikat di dalam kumpulan syarikat Mammoth Empire;
  2. pihak berkuasa tempatan, kerajaan, agency dan institusi;
  3. ejen, perunding, pembekal perkhidmatan dan wakil-wakil yang diberi kuasa;
  4. rakan-rakan dan sekutu perniagaan;
  5. pembekal;
  6. Penasihat kewangan, peguam, akauntan, jurutera, kontractor, ejen insurans, syarikat insurans;
  7. Badan Pengurusan Bersama dan Perbadanan Pengurusan;
  8. Juruaudit luar;
  9. Semua pihak ketiga yang terlibat.

Seterusnya, jika anda telah memaklumkan data peribadi mana-mana pihak ketiga kepada Kami, anda memberi jaminan kepada Kami bahawa mereka telah melantik dan memberi kuasa kepada anda untuk bertindak bagi pihak mereka dan anda telah memperolehi kebenaran daripada mereka bagi membolehkan Kami memproses data peribadi mereka.

Kegagalan anda untuk memaklumkan Data Peribadi akan mengakibatkan kesan - kesan secara langsung dan tidak langsung seperti berikut:

  1. kegagalan untuk memproses dan mendedahkan Data Peribadi anda mengikut Tujuan yang disebut di atas;
  2. Menjejaskan keupayaan pihak berkenaan untuk merasmikan transaksi berhubungan dengan penjualan dan pembelian dan menandatangani dokumen-dokumen yang berkaitan;
  3. tidak dapat mengemaskini maklumat anda dan mendapatkan maklum balas daripada anda tentang promosi terkini dan pelancaran terkini;
  4. tidak dapat meneruskan tugasan dan untuk memenuhi objektif dan untuk menyelesaikan isu-isu yang dihadapi;
  5. menjejaskan komunikasi antara pihak;
  6. tidak dapat mematuhi undang-undang, peraturan-peraturan, arahan, perintah mahkamah, undang-undang kecil dan garis panduan; dan
  7. Semua kesan langsung dan tidak langsung yang berkaitan.

Anda diingatkan supaya memastikan ketepatan Data Peribadi yang diberikan kepada Kami dan Kami tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang Data Peribadi dalam rekod Kami yang tidak tepat, tidak lengkap dan mengelirukan. Anda berhak untuk mengakses dan membetulkan Data Peribadi dan menghadkan pemprosesan dan/atau membuat aduan dan/atau membuat sebarang pertanyaan dari semasa ke semasa dengan menyerahkan notis secara bertulis kepada pegawai yang bertanggungjawab seperti yang berikut:-


Nama Jabatan

Jabatan PDPA/undang-undang

Nama Pegawai & Jawatan

Pegawai PDPA

Nombor telefon & Faks 

03-5638 1888 Fax: 03-5631 4788

Alamat e-mel

pdpa@meh.com.my

Alamat Perniagaan Syarikat

A-12-02, Empire Tower
Jalan SS16/1, Subang Jaya
47500 Selangor Darul Ehsan

Laman Web

www.meh.com.my

Data Peribadi yang tidak lagi diperlukan bagi Tujuan tersebut akan dimusnahkan dan dipadamkan daripada record dan sistem Kami.

Sekiranya terdapat percanggahan di antara versi Bahasa Inggeris dan versi terjemahan Bahasa Malaysia di dalam Notis dan Polisi PDPA ini, versi Bahasa Inggeris akan diguna pakai.

Kami percaya bahawa anda telah membaca dan memahami syarat-syarat Notis dan Polisi PDPA ini dan anda dengan ini mengaku bahawa anda telah bersetuju dan menerima terma di dalam Notis dan Polisi PDPA ini dan anda telah memberi kebenaran kepada Kami untuk memproses Data Peribadi anda.